Template Information

Home » » Bukan bapa penyayang?

Bukan bapa penyayang?

AIDA tahu, melihat watak yang dibawa Adi Putra di dalam drama bersiri Teduhan Kasih pastinya ramai peminatnya bersetuju untuk mengatakan watak bapa penyayang sangat sesuai dengan karakter pelakon tersebut. Orang kata, ada aura bapa mithali.
Bagaimanapun ada mulut yang bertanya, apakah sememangnya di alam realiti Adi sehebat itu? Bukannya apa, melihat Instagram isteri pelakon kacak ini, ramai yang tertanya-tanya ke mana kelibat Adi ketika anak tunggal mereka, Zara Adelia Haadi dimasukkan ke hospital. Anak kecil itu dimasukkan ke hospital gara-gara masalah pernafasan.
Asyik-asyik gambar isteri dia saja kelihatan mengunjungi anak itu ketika sakit. Benarkah Adi kurang prihatin? Jangan begitu. Kita dengar dulu apa kata Adi. Tak baik tau main tuduh sesuka hati saja.

Menjelaskan kedudukannya itu, Adi mengakui dia bukan seorang yang suka berkongsi saat sebegitu melalui laman sosial. Malah bagi Adi, pengalaman beberapa bulan menjadi bapa cukup jelas mahukan dia tidak terlalu meragut sisi privasi anak kecilnya itu.
"Saya tidak perlu beritahu orang berapa kali saya melawat ketika anak terlantar sakit. Cukup sekadar isteri dan anak saya tahu," kata Adi.
Mengakui tidak menghalang isterinya menjadi terlalu berbeza darinya. Bagi Adi dia memberi ruang kebebasan untuk isterinya itu berkongsi gambar anak mereka. Terpulanglah kepada si isteri bagaimana hendak menguruskan hal berkenaan.
"Itu hak dia, saya tidak menghalang. Bagi saya asalkan dia paparkan gambar yang tidak mengganggu orang lain itu tidak mengapa. Tetapi sebagai selebriti saya tahu untuk jadi popular cukup senang. Malah bukan soal popular yang saya risau tetapi tanggungjawab yang dibawa itu. Sebab itu saya tidak mahu anak saya terjerumus sama dalam dunia popular ini," katanya.
Untung isteri yang dapat suami sebaik Adi. Mesti di rumah pun romantis orangnya. Sama macam dalam watak drama. Bahagialah hendaknya sampai ke syurga, Aida doakan.
Bercakap soal watak Ehsan yang dibawanya dalam drama bersiri tu, Adi mengakui kehidupan sebagai bapa tidak lari dari apa yang dipaparkan.
"Mungkin sama. Sebagai seorang bapa ini sesuatu yang normal melakukan tanggungjawab itu. Tetapi saya juga dalam proses belajar, tidaklah sempurna mana," katanya.

0 comments:

Post a Comment