![]() |
Edmund Bon boleh bercakap apa sahaja. Itu kebebasan namanya. |
Apabila kes membabitkan Paderi Katolik Lawrence Andrew dikategorikan oleh pihak berkuasa, dalam konteks ini, jenayah hasutan – Edmund sewajarnya menghentikan cakap-
cakap beliau dan memberi konsentrasi untuk membela Paderi Lawrence Andrew di dalam mahkamah nanti – bukan mencurah minyak ke atas api lagi.
Sebagai seorang pengamal undang-undang, Edmund Bon (gambar) perlu tahu bahawa setiap katanya boleh menyebabkan salah tafsir pihak awam.
Edmund boleh menggunakan skil [I]‘persuasive’[/I] dalam [I]‘art of advocacy[/I]’ sebagai seorang pengamal undang-undang untuk memujuk rakyat yang kurang mahir dengan undang-undang bagi mempercayai konten hujahnya. Tetapi mampukan beliau meyakinkan mahkamah untuk melepaskan Paderi Lawrence Andrew dari perbuatannya?
Sebab itu Edmund perlu diam. Biar segala hujah dilepaskan di mahkamah untuk ditentukan. Bukan melepaskan kepada pihak awam yang lemah dalam mentafsir undang-undang.
Lebih teruk lagi, sebutan kes pun belum bermula.
Paderi Lawrence hanya dipanggil kelmarin oleh pihak polis bagi menjalankan siasatan selepas menerima lebih 300 aduan terhadapnya.
Pihak berkuasa baru memulakan siasatan di bawah Akta Hasutan. Pertuduhan belum lagi jatuh, tetapi Edmund sudah lebih sudu dari kuah.
Jika Edmund berterusan menghasut orang ramai untuk mempercayai bahawa tindakan Paderi Lawrence Andrew bukan satu yang serius, apatah lagi dengan membuat perbandingan dengan kes mufti Perak, Tan Sri Harussani – maka eloklah beliau menyeru orang ramai membuat laporan polis sebagaimana yang dilakukan oleh segelintir Pemuda Pas dan Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) baru-baru ini.
Biar polis siasat di bawah akta yang sama.
Perlu saya nyatakan kepedihan hati saya di sini melihat laporan-laporan polis ke atas Tan Sri Harussani dilakukan oleh anak-anak Melayu-Muslim sedangkan penganut agama lain yang kononnya terjejas dengan perkataan ‘bughah’ hanya berdiam diri.
Saya kira ada motif berbentuk politik di sini yang kita tidak sedar.
Baru-baru ini, saya juga menonton rakaman klip video oleh penceramah bebas popular, Ustaz Azhar Idrus yang menyebut, antara lain berbunyi
[I]“kata ulama.. apabila nama-nama Allah, nama-nama para Nabi, nama-nama yang baik di dalam Islam.. diselewengkan... maka hendaklah pemimpin atau penjaga negara umat Islam.. menghalang perbuatan tersebut.. dan jika orang kafir itu enggan maka hendaklah (orang kafir itu) diperangi”[/I]
Persoalannya, adakah tafsir seorang penceramah bebas seperti Ustaz Azhar Idrus itu juga satu hasutan dan perlu dicegah?
Menurut laporan media[I] (The Malaysian Insider - Jais wrong as Allah ban only for Herald, not Bibles, say critics)[/I] saya turut dapati fakta yang mahu dijelaskan oleh Andrew Khoo Chin Hock, seorang peguam hak asasi manusia juga menyimpang jauh dengan membuat perbandingan keputusan mahkamah rayuan ke atas majalah rasmi Kristian Katolik, The Herald.
Hujah Andrew, hanya The Herald yang dilarang menggunakan kalimah Allah, bukannya kitab Injil.
Saya beri amaran keras kepada Andrew dan Edmund jangan sesekali cuba memesong perhatian rakyat dengan kes yang sudah difailkan untuk rayuan ke pihak mahkamah persekutuan (The Herald) dengan fakta nyata iaitu Paderi Lawrence masih berdegil mahu memakai kalimah Allah di dalam himpunan-himpunan gereja katolik di seluruh negeri Selangor.
Kata-kata Paderi Lawrence untuk menggunakan kalimah Allah di dalam himpunan-himpunan gereja katolik di negeri Selangor itulah punca kemarahan umat Islam negeri Selangor yang merujuk kepada Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, Negeri Selangor sewaktu membuat laporan-laporan polis.
Jais turut menjalankan siasatan dengan menyerbu gereja yang dikhuatiri menyimpan kitab Injil yang memakai kalimah Allah kerana kenyataan yang dibuat oleh Paderi Lawrence serta laporan-laporan polis terhadapnya.
Dengan jelas dan nyata, bahawa enakmen tersebut melarang pemakaian tiga puluh lima perkataan termasuk Allah untuk dipakai oleh selain dari Islam.
Paderi Lawrence mahu pun Edmund boleh merujuk Perkara 11 (3) Perlembagaan Persekutuan dengan menegaskan larangan bagi agama lain campur tangan hal ehwal pengurusan sesuatu agama tetapi apa yang disorok atau didiamkan oleh ketiga-tiga Paderi Lawrence, Edmund Bon dan Andrew Khoo ialah Perlembagaan Persekutuan turut menggariskan Perkara 11 (4) yang melarang pengembangan agama lain terhadap penganut agama Islam dan oleh sebab itulah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, Negeri Selangor digubal dan diluluskan.
Persoalan demi persoalan selanjutnya adalah bersifat teknikal perundangan. Lebih molek perkara ini diselesaikan mengikut saluran perundangan dari kenyataan-kenyataan awam yang boleh merosakkan pemikiran rakyat.
Sebab itu saya sekali lagi beri amaran kepada Edmund dan Andrew agar berdiam diri dari berterusan merosakkan pemikiran rakyat.
Dan bagi pihak berkuasa pula, saya gesa untuk disegerakan membawa Paderi Lawrence Andrew ke mahkamah bagi diadili.
Jangan bimbang, “a person is presumed innocent until proven guilty” – mungkin kepakaran Edmund dan Andrew mampu membela nasib Paderi Lawrence yang kukuh dengan pendiriannya!-9/1/2014
PENULIS merupakan Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat
0 comments:
Post a Comment