Mengejutkan... kisah tiga wakita yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London oleh sepasang suami isteri, kini masuk babak baru selepas mereka semua dilaporkan adalah aktivis komunis tahun 1970-an, dedah media London.
Mereka direkrut oleh pasangan tersebut yang juga merupakan simpatisan komunis yang 'menyembah' Mao Zedong dan menubuhkan sel penyokong komunis di London.
Pasangan tersebut masing-masing berasal dari India dan Tanzania ditahan polis minggu lepas kerana didakwa 'mengurung' ketiga-tiga wanita itu selama lebih 30 tahun.
Ketiga-tiga mangsa itu merupakan seorang warga Malaysia yang berusia 69 tahun, seorang wanita Ireland dan seorang wanita British.
Mereka direkrut untuk menjalankan "kerja-kerja revolusi".
The Daily Telegraph melaporkan bahawa pasangan itu, yang tinggal di Brixton, selatan London, telah menubuhkan sebuah "sel komunis" pada tahun 1974 dan sebelum dipenjarakan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti politik mereka.
Sel tersebut dilaporkan terlibat menerbitkan risalah menyeru kejatuhan kapitalisme Barat, selain menjalankan aktiviti diskusi, ceramah dan menganjurkan tayangan filem.
Akhbar UK melaporkan bahawa polis menahan 14 orang dalam 'sel' tersebut pada tahun 1978, termasuk pasangan itu, yang kemudiannya dipenjara kerana menyerang seorang pegawai polis.
'Sel' itu kemudian dilaporkan berpecah dan pasangan tersebut berpindah Brixton dengan beberapa pengikut. Polis Metropolitan London menyatakan, pada mulanya dua wanita itu tinggal bersama dengan pasangan tersebut bagi berkongsi ideologi tersebut.
Ketua Polis Unit Jenayah Terancang dan Gengster, Steve Rodhouse menyatakan, perkongsian ideologi komunis itu menyebabkan wanita-wanita tersebut terus tinggal bersama dengan pasangan itu.
Beberapa anggota polis menemui penduduk yang tinggal berdekatan dengan rumah pasangan tersebut bagi mencari maklumat untuk membantu siasatan.
Polis tidak mendedahkan lokasi sebenar rumah yang menjadi tempat tiga wanita tersebut dijadikan hamba.
Identiti ketiga-tiga wanita itu seperti nama mereka masih tidak didedahkan polis.
Bagaimanapun, polis mencari maklumat itu di kawasan beberapa buah flat di Peckford Place di Brixton. Kawasan itu terkenal dengan kehidupan malam dan komuniti Afrika.
Sejumlah wartawan berhimpun di lokasi tersebut dua hari selepas polis mendedahkan kejadian itu.
Pasangan yang kedua-duanya berusia 67 tahun itu sebelum ini telah ditangkap dan diikat jamin pada Khamis lalu. Polis Metropolitan London menyatakan, pasangan tersebut ditangkap berhubung kes perhambaan domestik.
Mereka diselamatkan pada bulan lalu selepas wanita Ireland itu menelefon sebuah agensi kebajikan secara rahsia.
0 comments:
Post a Comment